Tuesday, June 15, 2010

11 Cara meredakan stress

mahu ataupun tidak stress@tekanan pasti mengunjungi kita tak kira masa atau ketika...tidak hairanlah jika pada hari ini ramai orang yang mengalami tekana@stress ini membunuh diri sendiri@ ahli keluarga mereka dek tekanan yang tidak mampu mereka hadapi
Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan anda semua 11 CARA MEREDAKAN STRESS... harapan penulis agar cara-cara ini sedikit sebanyak dapat membantu....



1. Rileks dan santai di segala situasi dan keadaan

Ketika berada dilingkungan yang berbezaa baik pekerjaan mahupun rumah kita harus membiasakan diri sebaik mungkin. Masalah di pejabat jangan di bawa ke rumah dan begitupun sebaliknya.



2. Terbuka kepada orang lain.

Mencuba untuk mengungkapkan perasaan di hati mahupun apa yang ada di fikiran merupakan salah satu bentuk aktualisasi diri sehingga kompensasi yang didapatkan hasilnya tidak terlalu buruk.



3. Ikut kegiatan olahraga / organisasi secara efektif.

Kesibukan yang bervariatif telah terbukti mampu menurunkan stress negatif dan mampu memotivasi secara bertahap dan terus menerus.



4. Makanan bergizi/seimbang secara teratur.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Didalam jiwa yang sihat terdapat tubuh yang sehat”, dan hal itu cukup membuktikan pentingnya makanan yang bergizi di dalam fizik kita supaya psikologis kita juga sehat.



5. Istirehat dan tidur yang cukup serta teratur.

Jika fikiran dan hati terlalu letih maka dengan sendiri nya akan menimbulkan timbul stress. Jadi jika anda letih berehat sejenak, jangan lupa tidur yang teratur, jangan terlalu sering berjaga malam hal ini kurang baik untuk kesehatan.



6. Hindari semua godaan dan kebisingan.

Godaan disini maksudnya godaan duniawi yang cenderung dengan kemewahan, glamour dan bersifat foya-foya. Jika anda stress jauhilah tempat-tempat yang bising dan ramai, itu akan menimbulkan stress saja.



7. Jangan terlalu memendam rasa / diamkan diri

Jika ada permasalahan segera selesaikanlah atau minta bantuan saran maupun nasihat dari keluarga, saudara, teman, kaunselor ataupun orang bijak(mursyid/ulamak)



8. Ramah dan bergembira

Orang yang mudah bergaul dan berhadapan disetiap situasi dan lingkungan selalu dapat mengatasi masalah yang dihadapinya, hal ini karena tiap orang seperti ini lebih mudah memberi dan menerima berbagai macam hal.



9. Belajar menerima setiap perubahan yang terjadi.

Dalam kehidupan selalu ada perubahan baik itu berupa peningkatan mahupun penurunan dan ini merupakan ujian terhadap bagaimana kita mampu menghadapi setiap perubahan yang terjadi.



10. Berfikiran Positif.

Segala sesuatu yang terjadi, baik dan buruknya cubalah untuk selalu mengambil hikmahnya, dan jangan mudah berfikiran buruk terhadap orang lain. Melakukan sesuatu hal disertai fikran positif lebih mampu memotivasi seseorang untuk meraihnya daripada yang berfikiran negatif.



11. Bercita-cita dan berusaha meraihnya.

Tentukan cita-cita anda sebaik mungkin, setelah itu susunlah rencana untuk meraihnya, dengan hal itu waktu anda tidak akanmembuang masaa hanya erana memikirkan masalah yang sama dan hanya menimbulkan stress saja.

Ahlan Ya Shahrur Rajab.....

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini telah masuk 2 Rejab 1431H bersamaan 15 Jun 2010....

Sedar atau tidak, tinggal hampir 2 bulan sahaja lagi Ramadhan Al-Mubarak akan mengunjungi kita....Oleh itu, penulis mengambil kesempatan kali ini utk berkongsi bersama-sama info mengenai bulan Rejab ini...semoga kita bersama-sama mendapat manfaat...Penulis mengambil bahan info ini daripada laman web berikut : http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Selamat membaca....

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Friday, June 11, 2010

Suasana Semasa Yang Meruntun JIwa

Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya jari jemari ini tidak menari-nari menghiasi ruangan ini...walaupun cuma cetusan rasa yang mencengkam jiwa...moga ia menjadi manfaat bersama...

Suasana rasa berbeza......jika kita berada di dunia kita...dikelilingi oleh insan-insan yang berwibawa...insan-insan intelektual...insan-insan akademik yang penuh berilmu....pasti kita tidak akan merasa....pandek kata...kehidupan di raudah al-ilm... pasti kita berasa selesa....

Namun ketika mana kita melangkah keluar....menjauhi raudah penuh barakah itu....
realiti semakin menghampiri...sedar atau tidak....tanggungjawab semakin di bebani untuk menghuni insan-insan yang menunutut ilmu untuk berbakti...suka atau tidak...mahu atau terpaksa..harus ditelan satu persatu kerana apa....kerana tanggungjawab dan amanah ilmu di raudah barakah sedang menanti untuk kita aplikasikan selepas menjauhi raudah penuh barakah itu....

Itulah apa yang aku rasa kini...

Hari ini hari Jumaat bersamaan 11 Jun 2010...pastinya pada hari yang menjadi penghulu segala hari ini menuntut kaum muslimin seluruhnya untuk menunaikan solat fardhu Jumaat dan sudah pasti Khutbah Jumaat rukun untuk menyempurnakan solat fardhu tersebut....

Yang menyedihkan aku ketika ini adalah fenomena yang biasa berlaku pada mujtama' kini...ramai yang sedar namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa.... kesalahan para Khatib yang lanjut usianya ketika membaca dan menyampaikan khutbah kepada semua para jemaah....dengan keadaan lemah...tergagap-gagap membaca teks...dan kesalahan ketika membaca ayat Al-Quran dan Hadis...memanag meruntun jiwa dan rasa.....

Jika kita berada di taman-taman ilmu...sudah pasti kita dikelilingi oleh para ilmuan yang lebih alim pada kita...dan sudah pasti taklif dan tanggungjwab terletak di bahu mereka...namun jika kita keluar dari tempat penuh barakah itu...pasti kekurangan kita adalah satu tuntutan yang melayakkan kita untuk melaksanakan amanah tersebut... memandangkan kita merupakan salah seorang yang terpilih untuk menuntut ilmu tersebut..kekurangan kitaketika di taman@raudah ilmu merupakan kelebihan berbanding orang lain ketika kita berhadapan dengan masyarakat...terutamanya pelajar-pelajar yang masih menuntut dan mendalami ilmu agama....kita ada tanggungjawab besar selepas kita melangkah keluar dari raudah al-ilm....renung-renungkanlah bersama.....