Tuesday, June 15, 2010

11 Cara meredakan stress

mahu ataupun tidak stress@tekanan pasti mengunjungi kita tak kira masa atau ketika...tidak hairanlah jika pada hari ini ramai orang yang mengalami tekana@stress ini membunuh diri sendiri@ ahli keluarga mereka dek tekanan yang tidak mampu mereka hadapi
Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan anda semua 11 CARA MEREDAKAN STRESS... harapan penulis agar cara-cara ini sedikit sebanyak dapat membantu....



1. Rileks dan santai di segala situasi dan keadaan

Ketika berada dilingkungan yang berbezaa baik pekerjaan mahupun rumah kita harus membiasakan diri sebaik mungkin. Masalah di pejabat jangan di bawa ke rumah dan begitupun sebaliknya.



2. Terbuka kepada orang lain.

Mencuba untuk mengungkapkan perasaan di hati mahupun apa yang ada di fikiran merupakan salah satu bentuk aktualisasi diri sehingga kompensasi yang didapatkan hasilnya tidak terlalu buruk.



3. Ikut kegiatan olahraga / organisasi secara efektif.

Kesibukan yang bervariatif telah terbukti mampu menurunkan stress negatif dan mampu memotivasi secara bertahap dan terus menerus.



4. Makanan bergizi/seimbang secara teratur.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Didalam jiwa yang sihat terdapat tubuh yang sehat”, dan hal itu cukup membuktikan pentingnya makanan yang bergizi di dalam fizik kita supaya psikologis kita juga sehat.



5. Istirehat dan tidur yang cukup serta teratur.

Jika fikiran dan hati terlalu letih maka dengan sendiri nya akan menimbulkan timbul stress. Jadi jika anda letih berehat sejenak, jangan lupa tidur yang teratur, jangan terlalu sering berjaga malam hal ini kurang baik untuk kesehatan.



6. Hindari semua godaan dan kebisingan.

Godaan disini maksudnya godaan duniawi yang cenderung dengan kemewahan, glamour dan bersifat foya-foya. Jika anda stress jauhilah tempat-tempat yang bising dan ramai, itu akan menimbulkan stress saja.



7. Jangan terlalu memendam rasa / diamkan diri

Jika ada permasalahan segera selesaikanlah atau minta bantuan saran maupun nasihat dari keluarga, saudara, teman, kaunselor ataupun orang bijak(mursyid/ulamak)



8. Ramah dan bergembira

Orang yang mudah bergaul dan berhadapan disetiap situasi dan lingkungan selalu dapat mengatasi masalah yang dihadapinya, hal ini karena tiap orang seperti ini lebih mudah memberi dan menerima berbagai macam hal.



9. Belajar menerima setiap perubahan yang terjadi.

Dalam kehidupan selalu ada perubahan baik itu berupa peningkatan mahupun penurunan dan ini merupakan ujian terhadap bagaimana kita mampu menghadapi setiap perubahan yang terjadi.



10. Berfikiran Positif.

Segala sesuatu yang terjadi, baik dan buruknya cubalah untuk selalu mengambil hikmahnya, dan jangan mudah berfikiran buruk terhadap orang lain. Melakukan sesuatu hal disertai fikran positif lebih mampu memotivasi seseorang untuk meraihnya daripada yang berfikiran negatif.



11. Bercita-cita dan berusaha meraihnya.

Tentukan cita-cita anda sebaik mungkin, setelah itu susunlah rencana untuk meraihnya, dengan hal itu waktu anda tidak akanmembuang masaa hanya erana memikirkan masalah yang sama dan hanya menimbulkan stress saja.

Ahlan Ya Shahrur Rajab.....

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini telah masuk 2 Rejab 1431H bersamaan 15 Jun 2010....

Sedar atau tidak, tinggal hampir 2 bulan sahaja lagi Ramadhan Al-Mubarak akan mengunjungi kita....Oleh itu, penulis mengambil kesempatan kali ini utk berkongsi bersama-sama info mengenai bulan Rejab ini...semoga kita bersama-sama mendapat manfaat...Penulis mengambil bahan info ini daripada laman web berikut : http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Selamat membaca....

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Friday, June 11, 2010

Suasana Semasa Yang Meruntun JIwa

Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya jari jemari ini tidak menari-nari menghiasi ruangan ini...walaupun cuma cetusan rasa yang mencengkam jiwa...moga ia menjadi manfaat bersama...

Suasana rasa berbeza......jika kita berada di dunia kita...dikelilingi oleh insan-insan yang berwibawa...insan-insan intelektual...insan-insan akademik yang penuh berilmu....pasti kita tidak akan merasa....pandek kata...kehidupan di raudah al-ilm... pasti kita berasa selesa....

Namun ketika mana kita melangkah keluar....menjauhi raudah penuh barakah itu....
realiti semakin menghampiri...sedar atau tidak....tanggungjawab semakin di bebani untuk menghuni insan-insan yang menunutut ilmu untuk berbakti...suka atau tidak...mahu atau terpaksa..harus ditelan satu persatu kerana apa....kerana tanggungjawab dan amanah ilmu di raudah barakah sedang menanti untuk kita aplikasikan selepas menjauhi raudah penuh barakah itu....

Itulah apa yang aku rasa kini...

Hari ini hari Jumaat bersamaan 11 Jun 2010...pastinya pada hari yang menjadi penghulu segala hari ini menuntut kaum muslimin seluruhnya untuk menunaikan solat fardhu Jumaat dan sudah pasti Khutbah Jumaat rukun untuk menyempurnakan solat fardhu tersebut....

Yang menyedihkan aku ketika ini adalah fenomena yang biasa berlaku pada mujtama' kini...ramai yang sedar namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa.... kesalahan para Khatib yang lanjut usianya ketika membaca dan menyampaikan khutbah kepada semua para jemaah....dengan keadaan lemah...tergagap-gagap membaca teks...dan kesalahan ketika membaca ayat Al-Quran dan Hadis...memanag meruntun jiwa dan rasa.....

Jika kita berada di taman-taman ilmu...sudah pasti kita dikelilingi oleh para ilmuan yang lebih alim pada kita...dan sudah pasti taklif dan tanggungjwab terletak di bahu mereka...namun jika kita keluar dari tempat penuh barakah itu...pasti kekurangan kita adalah satu tuntutan yang melayakkan kita untuk melaksanakan amanah tersebut... memandangkan kita merupakan salah seorang yang terpilih untuk menuntut ilmu tersebut..kekurangan kitaketika di taman@raudah ilmu merupakan kelebihan berbanding orang lain ketika kita berhadapan dengan masyarakat...terutamanya pelajar-pelajar yang masih menuntut dan mendalami ilmu agama....kita ada tanggungjawab besar selepas kita melangkah keluar dari raudah al-ilm....renung-renungkanlah bersama.....

Wednesday, March 31, 2010

KEDAMAIAN ITU DIRAGUT

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kesamaran ku terus berlari...demi menggugah kudrat yang ada.....aku gagahi....namun sepanjang pelarianku.....pandangan-pandangan penuh keasyikan mengguris hatiku satu persatu... bertebaran pembuangan bayi disana sini.....menggugat naluriku.....menggugat rasa kasih dan sayangku...menggugat keimananku dalam kemarahan.....bahang kesedihan mengalir membasahi pipi gebuku.....menangisi panorama sayu sekelilingku....

aku teruskan pelarianku dalam penuh kehibaan.....satu persatu titisan air mataku jatuh ke bumi...
sayu benar rasa jiwa..... pelarianku mengundang rasa amarah membakar seluruh pelusuk hati.. jiwaku tergoncang satu demi satu melihat telatah dan kerenah manusia sekelilingku..... ikutkan rasa hati...mahuku cincang satu persatu manusia-manusia keparat yang meragut kedamaian kini...
sesuka hati mereka bermesra...berpegangan tangan....bersentuhan muka.....sehinggalah mereka rebah di pembaringan selesa....setelah itu..diselangi gelak tawa dan rasa ghairah yang memuncak memuaskan nafsu serakah mereka...tanpa segan silu mereka bercerita dan juga diselangi gelak ketawa...kemudiannya bertukar pasangan suka sama suka dan melakukan hal yang sama tanpa secalit pun rasa hiba dan sengsara....apatah lagi rasa bersalah pada Yang Maha Esa...
kemudiannya lahir zuriat bukan atas kehendak mereka....terlanjur perahu boleh diundur terlajak perbuatan...padah tiada sempadan...masing-masing melepas diri dan menyalahkan satu sama lain...rasa tanggungjawab tiada terselit di dada....apatah lagi rasa malu menebal di jiwa... akhirnya kasih yang terjalin atas dasar cinta berkecai dek kelahirannya....si ibu diam tidak terkata...si bapa hilang entah kemana....tiada pilihan melainkan terpaksa......merelakan pemergian si comel yang tidak dipinta kehadirannya.... lalu tong-tong sampah menjadi pilihan utama....masjid dan surau sasaran kedua....tepi-tepi jalan dan parit serta longkang tidak dilupa...

maka terjawablah semua persoalan terbuku di dada.....semuanya kerana mereka....insan durjana yang tiada rasa dijiwa.....membiarkan anak-anak bakal pewaris agama, bangsa dan negara terbiar begitu sahaja....atau putus nyawa sebelum sempat kenali dunia..... patutlah begitu ramai yang sengsara...meminta belas pada yang mengasihani......

oh Tuhan.......ajarkanlah mereka.....aku tidak sanggup bayi-bayi ini terus derita dan sengsara.... jgn biarkan mereka menjadi mangsa...... namun Kau Maha Mengetahui segala-galanya.....

oh manusia durjana.....nyah kau dari dunia....kau tidak layak bergelar manusia...kau tidak layak berpijak di bumi nyata...kau kejam...kau zalim...hawa nafsu beraja....Tuhan kedua..... KAu tak layak....kau tak layak...kau tak layak...bergelar manusia.....

padamu si anak kecil...jangan kau tangisi perbuatan ibu bapamu itu....kau adalah permata....kau adalah manusia....manusia yang beruntung dan bertuah....walaupun sedikit masa kau bersama dunia...namun masa kau di sana kau bahagia....syurga pasti tempat kau beraja....kerana kau tiada dosa...maka bergembiralah dengan janji Maha Pencipta.....wahai anak kecil yang tiada dosa...menjadi mangsa kerakusan ibu bapa......


tinta minda ibunrazaQ....

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 26 februari 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431H
sepertimana kita sedia maklum, hari ini merupakan hari kelahiran utusan teragung di muka bumi Nabi Muhammad S.A.W......kekasih Allah....habibullah....rasulullah....

sedar @ tidak sebenarnya jarak pemergian Rasulullah dengan kita sekarang sudah menjangkau beribu tahun lamanya namun dek kerana keberkatan dan keikhlasan Baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiah...maka seruan baginda masih kukuh di segenap pelusuk dunia sehingga kini...sungguh mulia dan besar jasa Baginda kepada kita semua....

Namun jika Baginda masih hidup hingga ke hari ini...adakah Baginda akan gembira melihat keadaan umat Baginda yang semakin hari semakin jauh dari ajaran yang dibawa oleh Baginda...
adakah Baginda akan merasa bangga melihat kita yang mengaku sebagai umat yang mengikuti ajaran yang dibawa oleh Baginda....alangkah malu dan segannya kita jika bertemu dengan Baginda kelak di padang masyar...betapa besarnya pengorbanan dan jasa yang ditaburkan dan diperjuangkan oleh Baginda dan sahabat2 Baginda...namun sehingga kini betapa ramai yang sanggup menyambung perjuangan Baginda dan para sahabat berbanding yang hanya menunding jari ataupun lagi teruk...yang mengambil sambil lewa malah memperlekehkan perjuangan Baginda dan para sahabat....mungkin mereka tidak menyebut dengan lisan mereka sendiri merek memperlekehkan perjuangan Baginda....tetapi perbuatan, perlakuan dan tindak tanduk mereka menjelaskan segala-galanya....cuba kita renungkan bersam2......

hayatilah bersama-sama bait lirik lagu pemergianmu yang dipopularkan oleh INTEAM... khas ditujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ketika mana saat baginda ingin dijemput oleh malaikat Izrail untuk bertemu Allah Taala...hayatilah....:

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Saturday, February 20, 2010

Kongsi MInda Kongsi Cahaya ( 1 )

Mesrakah masjid dengan kanak-kanak?

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak.

Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah syarikat multinasional menyampaikan tazkirah Ramadan, saya diajukan dengan soalan yang cukup biasa kedengaran. Namun, minda saya tersentak dengan bunga dan buah yang diberi. Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.


Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.

Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.

Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan.

Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.

Saya akur, majoriti masjid dan surau di negara ini kebanyakannya meletakkan tiga kategori saf. Saf paling hadapan adalah untuk golongan lelaki dewasa, saf pertengahan dikhaskan kepada anak-anak kecil (dalam jarak usia 5 tahun hingga 10 tahun) dan saf paling belakang adalah untuk wanita. Ada juga sesetengah masjid dan surau yang meletakkan saf wanita di sudut sebelah kiri atau di bahagian atas masjid mereka.

Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar ’kian mengarut’ dalam tindakannya. Mereka meletakkan papan tanda ‘Kanak-kanak di bawah usia enam atau lima tahun dilarang memasuki dewan masjid’. Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Bagi saya inilah konotasi arahan itu. Bagaimana seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil mampu mengunjungi masjid dan surau, jika anak-anak mereka dilarang memasukinya.

Saya menyusuri hadis-hadis nabi. Saya cuba mencari atau hakikatnya tercari-cari, apakah sandaran mereka yakni para jawatankuasa masjid melakukan sedemikian. Malangnya, pencarian saya hampir gagal menemui jawapan. Tiada satu nas yang sahih dan jelas, melarang anak-anak kecil untuk solat bersama kaum lelaki di dalam satu saf yang sama. Tidak ada istilah putus saf atau hilang pahala jemaah kerana mereka berdiri di sebelah kita. Yang ada, saya terjumpa dengan beberapa hadis yang menyatakan sebaliknya. Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w meraikan anak-anak kecil di rumah Allah. Mereka adalah tetamu cilik yang sepatutnya diraikan, agar jiwa membugar dengan kesucian masjid, akhlak mereka membunga dengan keindahan masjid.

Dari Anas r.a telah berkata: “Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi s.a.w dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami.” (Riwayat Bukhari).

Di samping itu, saya tertarik untuk menyatakan bahawa, apakah logiknya kita mengatakan saf terputus atau hilang pahala jamaah kerana kita diselangi oleh seorang kanak-kanak yang belum berkhatan. Mereka berhujah kononnya, di bawah kulup si anak kecil itu ada najis yang boleh membatalkan atau paling tidak merosakkan pahala saf dan jemaah mereka.

Apakah kita boleh mengatakan lelaki dewasa yang sudah tidak berkulup itu juga suci, jika pada badannya ada nanah yang dipekap atau dibebat dengan kain kemudian dia bersolat di sebelah kita.

Sebenarnya, kebanyakan umat Islam hari ini banyak meletakkan ‘taklid’ sebagai neraca di dalam panduan dalam beribadat. Sedari kecil, apabila belajar bab fikah, kita diajar terus kepada aspek hukum. Bagi saya, budaya taklid ini amat berbahaya. Ia ibarat tumor yang membiak dan akan menguasai akal fikir umat Islam yang waras.

* Penulis merupakan seorang pegawai perhubungan awam di salah sebuah institusi zakat di Malaysia.

Artikel ini diambil di laman web mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.... (http://drmaza.com/home/)

MORAL : DALAM MENELUSURI ARUS KEMODENAN YANG KIAN MENCABAR KINI...PELBAGAI PERKARA PERLU DIPANDANG SERIUS OLEH PARA ALIM ULAMA MASA KINI UNTUK KEMASLAHATAN UMMAH SEJAGAT.... PARA PEMIKIR ILMUAN ISLAM PERLULAH MENGKAJI DAN MENELITI DAN MEMPERHALUSI SATU PERSATU AYAT2 AL-QURAN AL KARIM DAN HADIS AS-SYARIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH2 UMMAH YANG KIAN DIPANDANG ENTENG KINI...

DALAM MASALAH DIATAS...SECARA LOGIKNYA.....MENGIKUT PENDAPAT SAYA YANG SERBA KEKURANGAN INI....DUA-DUA PIHAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN DAN TUJUAN... BAGI SI AYAH MUNGKIN DIA NAK MENDIDIK ANAKNYA DARI KECIL UNTUK RAJIN DAN SELESA BERSOLAT DI RUMAH ALLAH SEJAK DARI KECIL....DAN LAMA2 IA AKAN TERBIASA DAN SELESA....KAN ITU SATU DIDIKAN YANG BAIK DAN MURNI... BAGI SEBELAH PIHAK LAGI MUNGKIN DIA INGIN MENJAGA MASLAHAH PARA JAMAAH YANG LAIN...SEBAB ITU DIA BERKASAR DENGAN BUDAK TADI DENGAN MENARIKNYA KE BELAKANG....

NAMUN DISEBALIK ITU ADA CARA LAIN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK INI... ANTARA NYA DIA BOLEH MEMBERITAHU DENGAN BERHEMAH KEPADA SI BAPA UNTUK MEMBAWA ANAKNYA KE BELAKANG...JIKA DITOLAK...BIARKAN....SELEPAS SOLAT..BOLEH DIAJAK BERBINCANG BERSAMA....TERANGKAN KEDUDUKAN DAN HUJAH2 KENAPA PERLU BIARKAN ANAK DI BELAKANG SAF....BUKAN DITEPI SI BAPA... TIDAK PERLU MENARIK DENGAN KASAR KERANA PERBUATAN INI HANYA AKAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN RASA KECIL HATI KELAK....

METHOD DAN CARA BERDAKWAH KINI BERUBAH DEK KERANA BERUBAHNYA SUASANA DAN KEADAAN SEMASA DI ERA GLOBALISASI..JADI TERPULANG KEPADA KITA SEBAGAI PENDAKWAH DI ERA GLOBALISASI UNTUK MENELITI DAN MENGKAJI SERTA MENCARI CARA TERBAIK UNTUK BERDAKWAH KEPADA DIRI, KELUARGA DAN UMMAH SEJAGAT...

WALLAHUALAM....

penafakir
ghurfati jannati

Mengemudi Bahtera Minda ( 1 )

Assalamualaikum.....
salam ukhwah fillah buat semua....
selamat sejahtera juga bg sahabat2 bukan muslim....

Dalam kehidupan kita saban waktu pelbagai perkara dapat dipelajari...setiap waktu dan ketika..
dan pernah diperkatakan juga bahawa kehidupan merupakan guru dalam proses mematangkan pemikiran...mungkin ada betul juga kata2 ini....

Pada kemudi bahtera kali ini, saya ingin berkongsi cerita benar yg terjadi pada sahabat saya...
cerita benar ini benar2 berlaku pada dirinya dan besar iktibar yang diperolehi kepada dirinya dan diri saya yang mendengar....

Ceritanya begini....

Sahabat saya ni balik ke kampung utk bercuti....so berjumpalah dengan keluarga..sanak saudara...sahabat handai....kawan2 lama...dan semestinya dengan ibu dan ayah tercinta...
dijadikan cerita pula....cuti kali ini lebih lama daripad biasa...so lamalah masa yang dapat diperuntukkan utk semua...maklumlah sahabat saya ni hidup di perantauan...jarang2 kembali ke kampung halaman...
minggu pertama ok....minggu kedua kurang ckit...minggu terakhir...terjadi sesuatu peristiwa antaranya dan bondanya tercinta....ketika mereka sekeluarga pulang bercuti ke kampung halaman bondanya...bondanya mengemas pakaian sekeluarga...maklumlah bonda kan...
mesti mengambil tanggungjawab mengemas2 nie...tambah2 di kampung halaman sendiri...air mukanya perlu dijaga...apatah lagi air muka keluarga sendiri lagi....so...bila bkemas2 nie...termasuklah pakaian sahabat saya nie...dan pada ketika itu..sahabat saya sedang tidur...merehatkan diri sebab lepas ni dia kena drive balki ke rumah...tanggungjawab anak lelaki...
bila dah siap kemas2....barulah si bonda yang penyayang ni kejutkan sahabat saya....dia mandi dan ketika nak siapkan diri dan mencari pakaian ni lah yang berlakunya peristiwa ini.... pakaian yang telah dikemas oleh bondanya menyebabkan pakaiannya x dijumpai...jadi dia pun memarahi bondanya yang tersayang dan meninggikan suaranya....mungkin dia tidak sedar ketika itu dengan siapa dia berhadapan...dan sudah pastinya si bonda yang penyanyang in terasa namun tidak ditunjukkan pada sesiapa.....

Maha Suci Allah Tuhan Maha Kuasa....maka benarlah betapa tingginya darjat seorang ibu disisi Allah Taala....

Ketika perjalanan pulang ke tempat perantauannya kembali..sahabat saya telah mengalami satu peristiwa yang tidak langsung dijangkanya....selama beberapa lama dia berulang alik ke tempat yang sama dan menaiki bas yang sama...tidak pernah berlaku padanya dan kali ini...tiba2 berlaku padanya....iaitu...beg pakaiannya hilang di perhentian bas....segala2nya hilang...dia tinggal sehelai sepinggang je ketika itu.....buntu dan terus buntu....dia mencari sehingga sampai membuat laporan polis...namun sehingga kini tidak dijumpai...

MORALNYA.... : SESUNGGUHNYA BENARLAH KATA2 BAHAWA SYURGAITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU...BETAPA BESARNYA DOSA SEORANG ANAK YANG MENDERHAKA KEPADA IBUBAPANYA...ALLAH TAALA AKAN MEMBALAS BALASAN YANG BERAT SAMA ADA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT...DAN APA YANG YANG PASTI....ANTAR DOSA YANG AKAN DIAZAB SECEPAT MUNGKIN DI DUNIA IALAH DERHAKA SEORANG ANAK KEPADAIBU BAPA.... RENUNG2KANLAH SAHABAT.....WALLAHUALAM.