Assalamualaikum w.b.t
Hari ini 26 februari 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431H
sepertimana kita sedia maklum, hari ini merupakan hari kelahiran utusan teragung di muka bumi Nabi Muhammad S.A.W......kekasih Allah....habibullah....rasulullah....
sedar @ tidak sebenarnya jarak pemergian Rasulullah dengan kita sekarang sudah menjangkau beribu tahun lamanya namun dek kerana keberkatan dan keikhlasan Baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiah...maka seruan baginda masih kukuh di segenap pelusuk dunia sehingga kini...sungguh mulia dan besar jasa Baginda kepada kita semua....
Namun jika Baginda masih hidup hingga ke hari ini...adakah Baginda akan gembira melihat keadaan umat Baginda yang semakin hari semakin jauh dari ajaran yang dibawa oleh Baginda...
adakah Baginda akan merasa bangga melihat kita yang mengaku sebagai umat yang mengikuti ajaran yang dibawa oleh Baginda....alangkah malu dan segannya kita jika bertemu dengan Baginda kelak di padang masyar...betapa besarnya pengorbanan dan jasa yang ditaburkan dan diperjuangkan oleh Baginda dan sahabat2 Baginda...namun sehingga kini betapa ramai yang sanggup menyambung perjuangan Baginda dan para sahabat berbanding yang hanya menunding jari ataupun lagi teruk...yang mengambil sambil lewa malah memperlekehkan perjuangan Baginda dan para sahabat....mungkin mereka tidak menyebut dengan lisan mereka sendiri merek memperlekehkan perjuangan Baginda....tetapi perbuatan, perlakuan dan tindak tanduk mereka menjelaskan segala-galanya....cuba kita renungkan bersam2......
hayatilah bersama-sama bait lirik lagu pemergianmu yang dipopularkan oleh INTEAM... khas ditujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ketika mana saat baginda ingin dijemput oleh malaikat Izrail untuk bertemu Allah Taala...hayatilah....:
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
No comments:
Post a Comment