Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 26 februari 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431H
sepertimana kita sedia maklum, hari ini merupakan hari kelahiran utusan teragung di muka bumi Nabi Muhammad S.A.W......kekasih Allah....habibullah....rasulullah....

sedar @ tidak sebenarnya jarak pemergian Rasulullah dengan kita sekarang sudah menjangkau beribu tahun lamanya namun dek kerana keberkatan dan keikhlasan Baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiah...maka seruan baginda masih kukuh di segenap pelusuk dunia sehingga kini...sungguh mulia dan besar jasa Baginda kepada kita semua....

Namun jika Baginda masih hidup hingga ke hari ini...adakah Baginda akan gembira melihat keadaan umat Baginda yang semakin hari semakin jauh dari ajaran yang dibawa oleh Baginda...
adakah Baginda akan merasa bangga melihat kita yang mengaku sebagai umat yang mengikuti ajaran yang dibawa oleh Baginda....alangkah malu dan segannya kita jika bertemu dengan Baginda kelak di padang masyar...betapa besarnya pengorbanan dan jasa yang ditaburkan dan diperjuangkan oleh Baginda dan sahabat2 Baginda...namun sehingga kini betapa ramai yang sanggup menyambung perjuangan Baginda dan para sahabat berbanding yang hanya menunding jari ataupun lagi teruk...yang mengambil sambil lewa malah memperlekehkan perjuangan Baginda dan para sahabat....mungkin mereka tidak menyebut dengan lisan mereka sendiri merek memperlekehkan perjuangan Baginda....tetapi perbuatan, perlakuan dan tindak tanduk mereka menjelaskan segala-galanya....cuba kita renungkan bersam2......

hayatilah bersama-sama bait lirik lagu pemergianmu yang dipopularkan oleh INTEAM... khas ditujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ketika mana saat baginda ingin dijemput oleh malaikat Izrail untuk bertemu Allah Taala...hayatilah....:

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Saturday, February 20, 2010

Kongsi MInda Kongsi Cahaya ( 1 )

Mesrakah masjid dengan kanak-kanak?

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak.

Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah syarikat multinasional menyampaikan tazkirah Ramadan, saya diajukan dengan soalan yang cukup biasa kedengaran. Namun, minda saya tersentak dengan bunga dan buah yang diberi. Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.


Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.

Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.

Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan.

Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.

Saya akur, majoriti masjid dan surau di negara ini kebanyakannya meletakkan tiga kategori saf. Saf paling hadapan adalah untuk golongan lelaki dewasa, saf pertengahan dikhaskan kepada anak-anak kecil (dalam jarak usia 5 tahun hingga 10 tahun) dan saf paling belakang adalah untuk wanita. Ada juga sesetengah masjid dan surau yang meletakkan saf wanita di sudut sebelah kiri atau di bahagian atas masjid mereka.

Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar ’kian mengarut’ dalam tindakannya. Mereka meletakkan papan tanda ‘Kanak-kanak di bawah usia enam atau lima tahun dilarang memasuki dewan masjid’. Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Bagi saya inilah konotasi arahan itu. Bagaimana seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil mampu mengunjungi masjid dan surau, jika anak-anak mereka dilarang memasukinya.

Saya menyusuri hadis-hadis nabi. Saya cuba mencari atau hakikatnya tercari-cari, apakah sandaran mereka yakni para jawatankuasa masjid melakukan sedemikian. Malangnya, pencarian saya hampir gagal menemui jawapan. Tiada satu nas yang sahih dan jelas, melarang anak-anak kecil untuk solat bersama kaum lelaki di dalam satu saf yang sama. Tidak ada istilah putus saf atau hilang pahala jemaah kerana mereka berdiri di sebelah kita. Yang ada, saya terjumpa dengan beberapa hadis yang menyatakan sebaliknya. Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w meraikan anak-anak kecil di rumah Allah. Mereka adalah tetamu cilik yang sepatutnya diraikan, agar jiwa membugar dengan kesucian masjid, akhlak mereka membunga dengan keindahan masjid.

Dari Anas r.a telah berkata: “Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi s.a.w dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami.” (Riwayat Bukhari).

Di samping itu, saya tertarik untuk menyatakan bahawa, apakah logiknya kita mengatakan saf terputus atau hilang pahala jamaah kerana kita diselangi oleh seorang kanak-kanak yang belum berkhatan. Mereka berhujah kononnya, di bawah kulup si anak kecil itu ada najis yang boleh membatalkan atau paling tidak merosakkan pahala saf dan jemaah mereka.

Apakah kita boleh mengatakan lelaki dewasa yang sudah tidak berkulup itu juga suci, jika pada badannya ada nanah yang dipekap atau dibebat dengan kain kemudian dia bersolat di sebelah kita.

Sebenarnya, kebanyakan umat Islam hari ini banyak meletakkan ‘taklid’ sebagai neraca di dalam panduan dalam beribadat. Sedari kecil, apabila belajar bab fikah, kita diajar terus kepada aspek hukum. Bagi saya, budaya taklid ini amat berbahaya. Ia ibarat tumor yang membiak dan akan menguasai akal fikir umat Islam yang waras.

* Penulis merupakan seorang pegawai perhubungan awam di salah sebuah institusi zakat di Malaysia.

Artikel ini diambil di laman web mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.... (http://drmaza.com/home/)

MORAL : DALAM MENELUSURI ARUS KEMODENAN YANG KIAN MENCABAR KINI...PELBAGAI PERKARA PERLU DIPANDANG SERIUS OLEH PARA ALIM ULAMA MASA KINI UNTUK KEMASLAHATAN UMMAH SEJAGAT.... PARA PEMIKIR ILMUAN ISLAM PERLULAH MENGKAJI DAN MENELITI DAN MEMPERHALUSI SATU PERSATU AYAT2 AL-QURAN AL KARIM DAN HADIS AS-SYARIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH2 UMMAH YANG KIAN DIPANDANG ENTENG KINI...

DALAM MASALAH DIATAS...SECARA LOGIKNYA.....MENGIKUT PENDAPAT SAYA YANG SERBA KEKURANGAN INI....DUA-DUA PIHAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN DAN TUJUAN... BAGI SI AYAH MUNGKIN DIA NAK MENDIDIK ANAKNYA DARI KECIL UNTUK RAJIN DAN SELESA BERSOLAT DI RUMAH ALLAH SEJAK DARI KECIL....DAN LAMA2 IA AKAN TERBIASA DAN SELESA....KAN ITU SATU DIDIKAN YANG BAIK DAN MURNI... BAGI SEBELAH PIHAK LAGI MUNGKIN DIA INGIN MENJAGA MASLAHAH PARA JAMAAH YANG LAIN...SEBAB ITU DIA BERKASAR DENGAN BUDAK TADI DENGAN MENARIKNYA KE BELAKANG....

NAMUN DISEBALIK ITU ADA CARA LAIN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK INI... ANTARA NYA DIA BOLEH MEMBERITAHU DENGAN BERHEMAH KEPADA SI BAPA UNTUK MEMBAWA ANAKNYA KE BELAKANG...JIKA DITOLAK...BIARKAN....SELEPAS SOLAT..BOLEH DIAJAK BERBINCANG BERSAMA....TERANGKAN KEDUDUKAN DAN HUJAH2 KENAPA PERLU BIARKAN ANAK DI BELAKANG SAF....BUKAN DITEPI SI BAPA... TIDAK PERLU MENARIK DENGAN KASAR KERANA PERBUATAN INI HANYA AKAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN RASA KECIL HATI KELAK....

METHOD DAN CARA BERDAKWAH KINI BERUBAH DEK KERANA BERUBAHNYA SUASANA DAN KEADAAN SEMASA DI ERA GLOBALISASI..JADI TERPULANG KEPADA KITA SEBAGAI PENDAKWAH DI ERA GLOBALISASI UNTUK MENELITI DAN MENGKAJI SERTA MENCARI CARA TERBAIK UNTUK BERDAKWAH KEPADA DIRI, KELUARGA DAN UMMAH SEJAGAT...

WALLAHUALAM....

penafakir
ghurfati jannati

Mengemudi Bahtera Minda ( 1 )

Assalamualaikum.....
salam ukhwah fillah buat semua....
selamat sejahtera juga bg sahabat2 bukan muslim....

Dalam kehidupan kita saban waktu pelbagai perkara dapat dipelajari...setiap waktu dan ketika..
dan pernah diperkatakan juga bahawa kehidupan merupakan guru dalam proses mematangkan pemikiran...mungkin ada betul juga kata2 ini....

Pada kemudi bahtera kali ini, saya ingin berkongsi cerita benar yg terjadi pada sahabat saya...
cerita benar ini benar2 berlaku pada dirinya dan besar iktibar yang diperolehi kepada dirinya dan diri saya yang mendengar....

Ceritanya begini....

Sahabat saya ni balik ke kampung utk bercuti....so berjumpalah dengan keluarga..sanak saudara...sahabat handai....kawan2 lama...dan semestinya dengan ibu dan ayah tercinta...
dijadikan cerita pula....cuti kali ini lebih lama daripad biasa...so lamalah masa yang dapat diperuntukkan utk semua...maklumlah sahabat saya ni hidup di perantauan...jarang2 kembali ke kampung halaman...
minggu pertama ok....minggu kedua kurang ckit...minggu terakhir...terjadi sesuatu peristiwa antaranya dan bondanya tercinta....ketika mereka sekeluarga pulang bercuti ke kampung halaman bondanya...bondanya mengemas pakaian sekeluarga...maklumlah bonda kan...
mesti mengambil tanggungjawab mengemas2 nie...tambah2 di kampung halaman sendiri...air mukanya perlu dijaga...apatah lagi air muka keluarga sendiri lagi....so...bila bkemas2 nie...termasuklah pakaian sahabat saya nie...dan pada ketika itu..sahabat saya sedang tidur...merehatkan diri sebab lepas ni dia kena drive balki ke rumah...tanggungjawab anak lelaki...
bila dah siap kemas2....barulah si bonda yang penyayang ni kejutkan sahabat saya....dia mandi dan ketika nak siapkan diri dan mencari pakaian ni lah yang berlakunya peristiwa ini.... pakaian yang telah dikemas oleh bondanya menyebabkan pakaiannya x dijumpai...jadi dia pun memarahi bondanya yang tersayang dan meninggikan suaranya....mungkin dia tidak sedar ketika itu dengan siapa dia berhadapan...dan sudah pastinya si bonda yang penyanyang in terasa namun tidak ditunjukkan pada sesiapa.....

Maha Suci Allah Tuhan Maha Kuasa....maka benarlah betapa tingginya darjat seorang ibu disisi Allah Taala....

Ketika perjalanan pulang ke tempat perantauannya kembali..sahabat saya telah mengalami satu peristiwa yang tidak langsung dijangkanya....selama beberapa lama dia berulang alik ke tempat yang sama dan menaiki bas yang sama...tidak pernah berlaku padanya dan kali ini...tiba2 berlaku padanya....iaitu...beg pakaiannya hilang di perhentian bas....segala2nya hilang...dia tinggal sehelai sepinggang je ketika itu.....buntu dan terus buntu....dia mencari sehingga sampai membuat laporan polis...namun sehingga kini tidak dijumpai...

MORALNYA.... : SESUNGGUHNYA BENARLAH KATA2 BAHAWA SYURGAITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU...BETAPA BESARNYA DOSA SEORANG ANAK YANG MENDERHAKA KEPADA IBUBAPANYA...ALLAH TAALA AKAN MEMBALAS BALASAN YANG BERAT SAMA ADA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT...DAN APA YANG YANG PASTI....ANTAR DOSA YANG AKAN DIAZAB SECEPAT MUNGKIN DI DUNIA IALAH DERHAKA SEORANG ANAK KEPADAIBU BAPA.... RENUNG2KANLAH SAHABAT.....WALLAHUALAM.

Thursday, February 18, 2010

Rindu Bersemi Mesra terjalin

Assalamulaikum dan salam ukhwah mahabbah....
buat semua sahabat2 diluar sana....
selamat sejahtera buat sahabat2 yang bukan beragama islam...
semoga persahabatan yang bakal terjalin bersemi dengan penuh kemesraan dan ikatan yang bersemi terjalin erat dan kukuh.....

Moga lembaran wadah pemikir muda yang baru disingkap dapat memberi manfaat kepada pembaca...segala salah dan silap dimaafkan dan tolonglah diperbetulkan....

Saya hanyalah seorang pemikir yang baru belajar dan ingin mempelajari....penuntut ilmu Allah yang fakir ilmu dan miskin "mal" yang berusaha memikir dan memerah minda mencetuskan evolusi dan tajdid minda kepada semua... ( semoga Allah mempermudahkan segala..amin)

mudah2an pertemuan akan datang diberkahi Allah hendaknya...


pena fakir ibnurazaQ bertinta...
baiti jannati